Monday, 23 April 2012

Salah siapa???

Salam pagi Isnin untuk semua. Semoga pagi ni semuanya ceria-ceria selalu. Jangan tensen-tensen tau. Laa..jammed ke???  Biasalah kalau tak jammed bukan namanya bandaraya Kuala Lumpur. Pada Kak Ngah n Farah Liyana tu berhati-hati bawa motor. Lagipun Pudu tu bukannya dekat. Sabor ye nak yer...Farah Liyana. Kalau rasa-rasa cam penat nak bawa motor tu apakata suruh jer Kak Ngah yang bawa. Tukar posisi. Kita tengok cara pemanduan dia plak. Dia kan suka komplen Farah. Laju salah. Slow pun salah.. Hehehe...

Sebenarnya akak ni dok terfikir lagi nak masak apa untuk tengahari nanti.  Sambil tu jengah blog jap... Bosanlah asyik-asyik makan nasi. Hari-hari kena masak. Hari-hari nasi. Asyik-asyik makanan yang sama...alaa..cam resipi yang selalu akak post kt blog ni. Yang senang dan sama je kan..Sekali sekala nak juga ubah menu. Masakan Arab ke. India ke (hihihi...tak maulah kari...). Couscous ke???...Imam Balidi ke??? (favourite erin n hubby ni).

Tapi kan kalau masak sedap-sedap pun tak best jugak. My laling takder kat sini. Kesian tak dapat dia merasa. Dia selalu komplen makanan kat kedai tak sedap. Tapi nak buat camner kan.  Terpaksalah telan..
Tak jadilah..Kansel masak couscous...Alamak!..tersedak plak my laling dok tersebut nama dia. Alang-alang dah tersasul nama dia tu terkenang daku satu peristiwa lucu...hihihi..cuba korang baca plak. Gelak ke tidak...

Petang minggu tu kitorang semua tak keluar. Alaa...sekali sekala berkumpul anak beranak. Bukan senang tau nak himpun rakyat jelata camni. Ceewaah..cam nak pilihanraya pulak. Sambil sembang-sembang melayan citer tv,..mulut cam biasa pot pet..pot pet..  My laling kat atas. Dia tak joint event kali ni. Entah apa yang dibuatnya pun tak tau. Tiba-tiba dia turun dan duduk di sebelahku.

Abang : "Yang, bersih tak muka abang?"
Aku :  "Bersih. Kenapa? abang cuci ngan ape?"
Abang :  "Abang guna pencuci muka awak.pastu abang pakai toner.abang roll-on kat muka ni.       tengok!..
Aku :  "Eh...itu perempuan punyalah bang.abang punya pencuci muka mana?"
Abang :  "Abang lupa nak bawa balik"

Sambil meletakkan tangan di pipi my laling. Eh!..lain macam jer...Biar betul...


Aku :  "Abang pakai yang mana.cuba abang g ambik.nak tengok"
Abang :  "Alaaa...malaslah abang nak naik atas...penat.."
Aku :  "Darling,..ambiklah...mana tau..."

Malas pun dia naik jugak akhirnya. Bosan nak dengar bini membebellah tu.hihihi

Abang :  "Yang,..nah! ini dia pencuci dan toner tu"..
Aku :  "Yang ni ker???...(pelik gak..nak gelak ni tapi tahan dulu)

Anak-anak memandang sesama sendiri. Kemudian memandang tepat pada kami berdua. Heran. Di muka terpancar seribu tanda tanya.

Aku : "Betul ke abang pakai yang ni?" (senyum jer)
Abang : "Yelah...nape?..salah ke?". Tengok ni muka abang putih,berseri...yelah dia tulis extra whitening".
Aku : "Ya ALLAH...ini bukan untuk sapu kat mukalah darling.  Ini deodoran, gunanya untuk sapu bawah ketiak. Supaya nanti ketiak takde bau assseemmm...Yang abang terus roll-on kat satu muka tu kenape?" seb baik muka tak bau asemmm.  Kalau bau tengik lagi naya...Sapa nak jawab tu...

Hahahahaha...Kahkahkah...riuh satu rumah dengan ketawa kitaorang. Hampir pecah perut kami ketawa.  Kak Long yang paling kuat gelak. Sampai keluar airmata. Boleh bagi hadiah.. Juara gelak.. Lucu betul laling aku ni. Tak pernah di buat dek orang. Lenkali tanya dulu...Hampir terkucil aku di buatnya...

Kadang-kala waktu sendirian...aku gelak sorang-sorang. Peristiwa lucu yang tak pernah luput dari ingatan. Rindu kat my laling...Rindu kelucuannya. Rindu dengan suaranya...(maaf ye darling,I kongsi kisah kita kat sini. U tak marah kan?...sayang abang bucuk-bucuk intan payung ni..)

Salah siapa?..Akukah yang bersalah???.  Atau suami yang ternyata kurang pendedahan tentang barangan penjagaan diri kaum wanita...Atau pihak pengeluar yang hanya memaparkan perkataan 'Whitening & Smoothens Skin'...untuk apa???

So korang dah baca...lawak tak?...Senyum...senyum..tak perlu kata apa-apa.
                                           

                                        (Korang semua boleh beza tak...yang mana satu toner...)

Sunday, 22 April 2012

Ikan Talapia Masak Sweet Sour

Tadi post gambar ikan kat fb. Terimakasih kepada Eiya Asmawati dan Aya Gawas. Dorang bagitau ikan tu adalah ikan talapia. Kalaulah xder fb...dengan siapa akak nak bertanya. Akak ni umur jer dah tua tapi masih tak tahu nama-nama ikan. Makan tahulah. Hehehe....Ada orang kata mengadap fb ni berdosa. Selagi kita tak taksub dan selagi kita gunakan untuk kebaikan dan ilmu yang bermanafaat rasanya tak salah pun.. Bagi akak untuk kebaikan apa salahnya. Dapat gak ilmu...Daripada borak-borak kosong jadi ahli mesyuarat tingkap... baik ngadap fb..

Kali ni akak post gambar ikan talapia sweet sour.  Ececeycey...speaking London jap..Tapi kan ada ke mat Saleh makan ikan talapia.???...Gasak koranglah...janji akak senang nak nyebutnya..

Mari kita perhatikan bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan: 

2 ekor ikan talapia (apa-apa ikan pun boleh)
1 senduk cili mesin }blend
1 bj bwg besar      } sekali
3 ulas bawang putih- hiris halus
2cm halia -hiris memanjang
1 bj tomato buah - ptg baji
5 sdb sos tomato
4sdb sos cili
sedikit sayur campur (jagung/carrot/kacang peas)
garam (jika perlu)

Cara-Cara:

  1. Bersihkan ikan dan rendam dalam air asam jawa/air limau kasturi bercampur garam (untuk hilangkan hanyir ikan. Boleh juga menggunakan tepung gandum untuk menghilangkan lendir ikan.) Perap ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng ikan - garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bwg putih,halia - kuning dan wangi. Baru masukkan cili mesin tadi. Masak - garing.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili dan sayur campur. Kacau sebati shingga sayur masak.
  4. Masukkan buah tomato dan bwg besar yang dipotong gegelang. Masukkan ikan. Sebatikan dan angkat..



(terlalu banyak hiasan sehingga tak nampak ikan... sapelah nak makan banyak-banyak ni.. Ngah, cepat balik. Kak Ngah suka ikan kan..kan...kan...)

Saturday, 21 April 2012

Ikan Free

Hari ni Ahad 22hb April. Biasalah kalau hari minggu camghini...alamat "membungkam"lah jawabnya. Kak Ngah plak awal pagi dah keluar. Keluar lagiiii...(bilalah ada masa nak ke dapur ni..)Nak gi berkelah dengan kawan-kawan. Tapi terlupa plak nama tempat tu..Rasa-rasanya kat Kemensah. Boleh tanya dia nanti... kawan Kak Ngah Kak Pora... sponsor semuanya. Kak Ngah cuma bawa badan jer.Wah!..Lajulah langkah Kak Ngah ye.(jangan lupa ye ngah...malam nanti kak ngah janji nak bawa kitaorang g makan western kat Kampung Baru...)

Si bongsu Aina plak terhencut-hencut. Sakit kaki. Semalam ada acara merentas desa kat sekolah. Jadilah dapat tempat ke lapan belas. Dapatlah bawa balik medal..Kalau kat sekolah lama tu Aina terrorlah jugak...dalam kategori top 5. Kat sini semua hebat-hebat. Tak terdaya dek badan Aina yang kecil molek tu. (badan cekeding..tapi ada hati nak diet) Hihihi....Balik semalam terus pengsaaaannn...

Mana plak Erin ni... yang sorang ni asyik dengan dunia dia yang tersendiri. Tidor..bangun...makan..tengok tv dan tidor balik.. Tak banyak cakap.. Jangan sesiapa berani kacau dia. Tak kuasa tengok dia mengamuk. Mengalahkan singa betina yang kehilangan anak. Kecik-kecik dulu rambut si erin ni lebat dan tebal. So nampak cam kepala tu besar jer dari badan. Tapi kata arwah ayah.."Budak ni kepala besar..otak geliga" Arwah atok dia pernah gelarkan dia anak singa. Tu lah..garang pun macam singa. Tapi selepas patah peha dalam kemalangan lebih kurang 1 1/2 tahun yang lepas, Erin berubah jadi lebih pendiam. Pasal makan...Erin memang cerewet. Kalau tak ade ayam, jangan harap dia makan nasi. Paling dia suka seafood. Itu pasal patah kat peha dia lambat sembuh..

Kak Long... anak dara yang sorang ni... ada angin. Tiba angin rajin tu...atas bawah rumah ni di bersihkannya. Siap mop lantai lagi. Tapi kalau tiba angin pus-pus dia...jangan harap nak suh dia buat apa-apa. Dok jer depan tv dan layan PS3. Apa pun tak buat...Tapi dia lah PA merangkap driver akak ...kalau takde dia susah juga akak nak ke hulu ke hilir. Nak harapkan Kak Ngah...sorilah..Kerja jer. Cuti pun kena kerja. Sampaikan kitaorang pernah suruh dia gantung jer laptop dan tepon tu kat leher. Senang bila orang kilang ada problem terus boleh jawab. Maklumlah kerja bahagian kelapa sawit katakan.

Kak Long pula pernah jadi PA seorang senator. Tapi banyak sangat cabaran dan dugaan. Maklum saja anak dara. Akhirnya Kak Long ambil keputusan berhenti kerja dan sekarang ni hanya membantu kerja-kerja ayahnya sahaja. Ada juga suara-suara sumbang di belakang yang bercakap..."belajar sampai dapat ijazah tapi hanya kerja membantu ayah sahaja".. Tapi yang penting akak tak kisah.. Biar apa orang cakap, asalkan kita bahagia.. kan Long...

Anis..anak ke empat. Belajar tak sempat habis. Masuk kolej pun sekerat jalan. Alasan course tu memang dia tak minat. Sekarang ni kerjalah kat spa tu. Kerani pun keranilah. Dengan SPM awak tu..takkan boleh dapat gaji 3-4ribu sebulan. Tapi mana taukan..kalau rajin dan kerja betul-betul..takder yang mustahil.  Betul tak??? Tidak semestinya kelulusan tinggi sahaja yang boleh berjaya dalam hidup...

Eh...melalut-lalut pulak. Panjang pulak tu..sebenarnya akak nak citer pasal ikan. Semalam dapat ikan ni. Tak tau pulak namanya. Akak kalau pasal nama-nama ikan ni bukan ariff sangat. Tapi akak memang suka makan ikan kalau nak dibandingkan dengan ayam. Pemberian kawan Anis. Banyak plak tu. Katanya suami dia  pergi memancing. Budak-budak rumah ni mesti tak layan punya. Lauk ikan tu... Itu pasallah korang semua mata tak cerah. Seawal sekolah rendah lagi dah pakai spek mata. Macam mantan PM kita pun tak suka makan ikan..Yelah omokan orang dulu-dulu siapa yang makan ikan banyak cacing. Betul ke???...Tapi cuba tengok orang Jepun...makan ikan mentah lagi. Otak mereka semuanya bergeliga...Sampai boleh jajah negara orang. Alamak!...tersasar lagi...Jomlah tengok ikan ni...

Laksa Penang My Style

Apa khabar semua.. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera.
Dah lama tak makan laksa penang. Geram tengok bila member-member asyik dok bercerita pasal laksa. Meleleh ayaq liur... So entri kali ni akak nak post resipi laksa penang yang selalu akak masak. Cara akak. Akak kalau dah jumpa laksa... Makan sampai tak hengat. Boleh ulang makan berkali-kali..Rasa dia yang masam-masam tu yang buatkan tak jemu nak mengadapnya.

Jom kita tengok resipinya...

LAKSA PENANG

(Inilah rupa bunga kantan.sebatang harganya hampir RM2)

Bahan-bahannya:

1 paket laksa kering (rendam + bbrp kpg asam kpg)      
15 ekor ikan sardin
1 senduk cili kisar
2 btg bunga kantan-(di belah x putus)
4 kpg asam keping
petis/otak udang (optional)
1 bj bwg besar-(kisar bersama cili
daun kesum

Bahan hiris:

timun/nenas/cili merah/daun salad/daun pudina/limau kasturi/telor rebus
(hempulur nenas jgn di buang.masukkan ke dalam kuah laksa -kuah akan jadi lebih sedap)

Cara-cara:
  1. Rebus laksa (tujuan merendam laksa dengan bbrapa keping asam supaya laksa kering cepat lembut). Dah masak, angkat dan toskan.
  2. Cuci bersih ikan dan rebus. Masukkan sedikit air, garam dan asam keping. Bila dah masak angkat dan biarkan skejap. Asingkan isi dan tulang ikan.Air ikan jangan dibuang. Blend isi ikan (akak just hancurkan ikan dgn tangan jer) bersama air rebusan ikan dan masukkan ke dalam periuk. Tulang ikan juga diblend dan tapis bbrapa kali. (agar nanti tiada yang tercekik tulang!!!). Masukkan sekali ke dalam periuk tadi.
  3. Masukkan cili kisar yg dah bercampur bwg (ada orang kata lebih sedap x letak bwg...terpulang..),Masukkan bunga kantan,daun kesum dan hempulur nenas dan air. Tambah air jika perlukan kuah yang banyak
  4. Masak hingga mendidih dan sebati. Perasakan dengan garam dan pak aji.. (yang ni sensitif sikit..terpulang pada sesiapa yang gunalah..xpaksa pun)
  5. Apabila menghidang, masukkan laksa ke dalam mangkuk dan tuang kuah ke atasnya dan letakkan sayuran/ulaman yang di hiris/telur rebus/limau nipis sekali...

Jemput jamu mata ye..Pada yang rajin tu sudi-sudilah mencuba ye..

Sembang Petang

Assalamualaikum dan selamat petang untuk semua.Camner keadaan cuaca kat tempat korang semua. Shah Alam..pagi tadi hujan lebat. Tetiba jer. Tak ada angin tak der ribut. Alhamdullilah..hujan rahmat. Xyah susah2 nak siram bunga. Lagipun dua tiga hari ni agak panas. Bahang sampai ke malam. Sampai ada member yang terpaksa pasang dua kipas. Semata-mata nk bagi sejuk dalam bilik.(Pora...pasang jer econ...bil lebih sikit, takper....janji sejuk...)

Bila dah panas tu, faham-faham jerlah. Semua jadi xtentu arah. Kak Long yang suka merungut cam biasalah..."Eeiiii...rasa cam nk g dok oversea...kat sana sejuk".Alahaiii...anak dara aku sorang ni...dia tak tahu ke, mat salih, minah salih, mat hitam semuanya berduyun-duyun masuk Malaysia setiap tahun pasal seronok dengan cuaca kat sini... Alih2 awak plak nak g dok sana?..."Oiii...yang oiiii...belum tentu negara bersalji tu best. Buatnya salji tu runtuh ke... kena bom ke. .depa wat demo ke... tak ke haru?... Lagipun masa awak pergi haritu, bukan lama pun...dah pecah bibir. Cakap pun berasap-asap...tak serik ke?"

Malam tadi pukul 12 malam kak long ketuk pintu bilik. "Mak tumpang berendam...panas sangat"..."Eheh...budak ni, biar betul... dah tengah malam ni. Orang tua selalu berpesan, jangan  amalkan mandi tengah malam nanti sejuk tulang. Besok bila dah tua sengal tulang sana sini..""Alaaa... mak bukan selalu pun".

Itulah bebudak sekarang ni bukan nak dengar apa yang kita bagitau...Lantaklah labu...

"Kak ngah...ooo..Kak Ngah, ...Laaa...patutlah senyap. .tidur rupanya". Yang sorang ni pantang ada masa sikit pasti tidur jer kerja dia. Alangkah baiknya kalau cuti-cuti cam ni tolong mak kat dapur. Besok kalau dah kawin taklah kekok lagi. Jangan plak nanti kunyit dengan lengkuas pun tak kenal. Bila ada kawan nak datang rumah jer mulalah .."Mak,boleh tolong masak tak. Kawan nak datang, Nanti kngah g beli barang. Apa yang takde mak. Mak nak beli apa?" Hahaha...bodek mak lah tu...



Apa pun telatah dan ragam mereka...inilah anak-anak ku. Inilah keluarga ku. Bergaduh.. Merajuk..dan berbaik semula.. itulah resipi kebahagiaan keluarga kami. Mak sayang kamu semua. Kebahagiaan kamu adalah kebahagiaan mak. Membesarkan kamu berenam berbagai dugaan yang mak dan ayah tempuhi. Berkali-kali ayah jatuh dalam bisness namun berusaha bangkit kembali asalkan kamu semua mendapat mendapat pelajaran, tidak kebulur dan ada tempat berteduh. Walau tidak semewah orang lain, namun kamu semua harus berbangga kerana kamu masih mempunyai ayah yang pengasih dan mengambil berat. Marah kami, leter kami bukan bererti kami membenci kamu. Kami ingin kamu menjadi manusia yang berguna nanti.

Semoga dewasa kamu menjadi anak yang berbakti kepada kedua ayah dan ibu. Satu lagi pesan mak (ini untuk pesanan yang ntah keberapa ribu kali...) "JAGA SOLAT.JAGA DIRI.JAGA PEKERTI HIASI PERIBADI- kemana pun kamu pergi kamu akan sentiasa membawa nama ayah dan ibu bersama"

psssst: semua dah boleh jadi mak orang..so rajin-rajin lah ke dapur ye.bagi mak rehat plak... 

(Alamak!...Sayangnya. My laling xder dalam gambar ni. Dia outstation. Anak bujang  si tampok manggis pun kerja, tak cukup korum...)

Ayam Goreng Berempah Simple

Assalammualaikum dan selamat malam semua. Moga dibuai mimpi-mimpi indah.Aduh!...semua dah tidor ye...Cuma akak yang keseorangan melayan 'mukabuku' ni. Alaa..malas nak layan tv. Sekarang ini Astro asyik ulang tayang citer yang sama boringggg. Bil bertambah mahal. Macam-macam charge tambahan dikenakan. Cerita yang tu...yang tu jugak. Dahlah tu...terlewat sikit jer bayar...mula kena potong. Pastu charge lagi...Aduyaiiii...Tapi kan kalau tak pasang Astro mana boleh dapat siaran. Kelabu je .Mengalahkan awan mendung di langit.

Marah-marah kat Astro pun..pasang gak. yelah..nak tengok bola. Dalam rumah ni kalau ada siaran bola,barulah riuh. Tambah lagi kalau en somi ada. Kak Ngah plak peminat no 1 bola. Tak kisahlah pasukan mana yang main, janji bola. Sanggup tak makan asalkan tak miss tengok bola. Malam ni Kedah lawan Kelantan. Keputusan seri 1-1. Alamak!...Ngah, jomlah makan...janganlah frust!!!. .mak tahu kamu tu penyokong kuat Apek kan. Hihihi...Malam ni Kak long yang masak tau. Simple recipe tapi favourite kamuuuu...

Jom...intai jap apa yang Kak Long masak tadi...Oh!...

AYAM BEREMPAH

1/2 ekor ayam - potong kecil (gaul ngn tpg gandum n cuci bersih-tos)
4sdb serbuk kari ayam (blh lebihkan)
3 ulas bwg putih-tumbuk
Sedikit tepung beras
Garam
Perasa (optional)
1 labu bawang besar-hiris nipis
2 pelepah daun kari

Mula-mula gaul ayam dengan serbuk kari, sedikit tepung beras, garam, perasa n bawang putih. Perap kira-kira 1/2 jam. Baru goreng dalam minyak banyak. Bila hampir masak, masukkan hirisan bawang besar dan daun kari. Goreng hingga garing.(api sedang jer..kalau tak serdak akan hangus). Bolehlah diangkat...(Tujuan memerap ayam dengan tepung gandum sebelum dicuci supaya ayam tidak berbau dan apabila dimasak rasanya lebih enak).... Dah siap pun. Senangkan!!!

SAYUR GORENG

Kobis/carrot/brokoli atau apa2 sayur
isi ayam/udang
fish cake/fish ball (optional)
cendawan butang
kicap cair
sos tiram
minyakmenumis
minyak bijan
bwg putih-cincang
hirisan bwg besar
hirisan cili merah

Tumis bwg putih/bwg besar dan cili merah - wangi. Masukkan isi ayam/udang dan goreng sekejap. Pastu masukkan sikit air ,kicap cair, sos tiram (klu xckup masin blhlah ditambah garam). Agak2 ayam dah masak, baru masukkan carrot/brokoli dan cendawan. Kacau rata. Akhir sekali baru masukkan sayur kobis .Kacau rata dan bolehlah diangkat...(sayur boleh dipelbagaikan...tapi hanya yang ini jer ada dalam esbox kitaorang...)

TARAAA....inilah hasil air tangan anak dara ku yang baru nak belajar ke dapur. Hihihi... Resipi ni bukanlah untuk yang dah terror masak. Ini untuk budak-budak yang baru belajar nak ke dapur. Jangan plak korang gelakkan akak ye sebab post resipi ni. Biar pun simple tapi sedap bila makan panas-panas. Sure punya korang tak sedar tup-tup dah tambah nasi sepinggan lagi. hehehe...

(Inilah resipi ayam berempah versi senang dan mudah. Tapi kali ni lupa taruh bawang besar hiris dan daun kari. Bila dah masak baru perasan. Tapi rasanya still sedap....Cubalah....)


Wednesday, 18 April 2012

Puding/ Kastard Jagung

Assalamualaikum semua. Tengah buat apa tu???... Akak harap semua ceria-ceria selalu. Entry kali ni akak nak post gambar puding/kastard jagung yang akak buat 3 hari lepas. Haritu akak dah tayang gambar puding ni kat FB tp resepinya belum sempat nak post. Busy sesangat.Hihihi...ngalahkan PM plak...bukan apa... Sekali-sekali en somi balik, takkan nak ngadap FB plak kan..faham-faham ler. Kang merajuk lagi kang, tak sanggup akak nak nengok, buruk bonar..

So bila tekak dah teragak nak makan, time tu juga akak ke kedai beli bahan-bahan. Alah bukan banyak pun. Buatnya pun tak susah. Alaaa...apa orang cakap..."pejam mata pun boleh buat"...Tapi jujur akak cakap kalaulah akak pejam mataaaa...apa jadi hah?..puding ntah kemana...dapur pula berselerak...Hihihi... Maksud akak tu bagi 'sifu-sifu masak'lah. Yang macam akak ni apa ada... nak masak pun masih nengok resepi...

Akak panggil kastard jagung. Ada gak yang panggil puding jagung. Tak kisahlah kau orang panggil apa  pun...janji kuih tetap sama. Al-kisahnya resepi dah terperap dalam gobok kayu akak tu dah lebih 15 thn. Resepi ini pun dapat dari Kak Ana, kakak kandung akak. Susahnya nak minta resipi dengan kak Ana ni sebab dia masak main agak-agak. Tak ada sukatan yang khusus. Resipi tak pernah salin. Semua dia dah set dalam kepala. Pernah gak Kak Ana ni cakap "kalaulah Kak Ana habiskan sekolah dulu...mesti sekarang ni dah jadi cikgu besar. Sebab Kak Ana ni otak geliga" hihihi... Puji diri nampak...

Kak Ana..Kak Ana...walaupun kita cuma berkongsi ibu yang sama namun kasih sayang akak padanya tidak pernah berkurang...(Pengorbanan dan kasih sayang mu akan ku kenang sampai ku mati)

Panjangnya mukadimah untuk entry kali ni.Apakata jom kita tengok resepinya.

PUDING/KASTARD JAGUNG
Resipi Kak Leni

 Bahan-bahan:

1 tin kecil/1pac tepung kastard (300grm)
1 biji kelapa parut/santan
1 1/2 caw gula pasir
1 tin jagung krimer
sedikit garam
2 helai daun pandan - simpul

Cara-cara: 
  1. Kelapa diperah. Ambil santan (cara akak senang jer,amik kelapa parut tadi + ckit garam dan masukkan dalam blender. Bubuh air hampir penuh..Tujuan kelapa di blend untuk mendapatkan santan yang lebih pekat. Inilah sukatan akak. Tak pernah sukat guna cawan.So korang nanti pandai-pandailah agak air tu yer..) Kalau pekat, boleh tambahkan air tapi jangan plak terlalu cair, nanti lembik).Perah kelapa dan tapis. Campurkan santan tadi bersama bahan-bahan lain.  
  2. Kacau hingga sekata. 
  3. Lepas tu masukkan ke dalam kuali dan kacau. Guna api sederhana. Kacau adunan sehingga pekat dan likat. Jangan berhenti mengacau sehingga adunan berkilat. Kalau tak berkilat, bermakna apabila masak nanti puding ini akan jadi lembik dan berair.
  4. Angkat dan tuang ke dalam acuan yang disukai. Selamat mencuba...(maaf ye,akak tak tau nak anggar berapa banyak santan. Selama ni bila akak masak main taruk jer.Kalau pekat sangat, akak tambah air lagi. Hihihi...jangan marah ye!!!)


Sayuran dari Kampung

Malam tadi hubby balik. Macam-macam sayur yang dibawanya. Siap dapat beras baru lagi.. Katanya kawan bagi. Sayur-sayur kampung yang memang dari kampung. Hasil titik peluh emaknya yang rajin berkebun. Masalahnya banyak sangat. Lagipun akak jenis yang tak makan sayur. Nak bagi kat jiran sebelah, segan plak. Kalau kat Bertam dulu, bagi jer kat jiran-jiran. So tak der la pembaziran. Tengah dok leka merenung sayur, dok fikir nak masak apa, tiba-tiba hubby ajak jadi co-pilot jap. Temankan dia pergi ke PWTC. "Alamak!!! ni yang malas ni... Malas nak keluar pagi-pagi. Mesti jammed". Nak tak nak kena pergi jugak, kang merajuk kana susah plak.. Sape nak pujuk... Akak juga kan???

Nasib baik traffic tak sesak harini. Sekejap je dah sampai walaupun sebenarnya harini ada DSAO 2012 (Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia) di PWTC. Penuh sesak dengan geng-geng Army.. Ingat nak juga bergambar dengan jet pejuang kat situ. Tapi festival yang berlangsung selama dua hari ini tidak dibuka untuk public. So hanya hubby jer yang dapat masuk coz dia jer yang ada pas.

Apa lagi. Takkan nk tunggu dalam kereta. Berpeluh ketiak oiii... So misi jalan-jalan cari makan pun bermula. Jalan-jalan nampak McDonalds kt The Mall. Alahai...McD lagi...ni yang den tak gomar ni...(mesti klong n kngah mengamuk ni...dorang kan peminat setia McD>>) Mana boleh kutuk-kutuk..sorilah ye.Memang den tak suka...

So harini jom cuci mata jer dengan sayur-sayur ni. Maaf yer resipi tak ada. Tak masak. Balik petang... Sempatlah masak sayur kacang panjang, telor dadar dan sambal belacan. Tapi tak sempat nak ambil gambar..dah ngappp... Perut dah nyanyi lagu irama keroncong. Lagipun cuma kacang panjang goreng bercili jer. Semua orang tahu buat kan?...Resipi yang senang sangat. Malu nak post...


Inilah separuh dari sayur yang hubby bawa balik. Tapi nape bendi/bendir/kace mior ni kaler merah. Rasa-rasanya baru first time jumpa kaler ni. Selalunya warnanya hijau jer. Orang Kelantan panggil sayur bendi/bendir ni kace mior. Sedap kalau buat singgang atau bubuh aje dalam masak asam. Huiiii...terangkat atau kalau malas tu celur jer dan cicah dengan sambal belacan. Tapi kalu dah celur/rebus...warnanya akan bertukar menjadi hijau so jangan terkejut plak nanti ye...

Saturday, 14 April 2012

Chef Ellena @ Klong...

Assalamualaikum semua. Dah tidor ke?... Harini hari malas sedunia. Akak tak masak so entry kali ni tak de resipi. Bukan apa... Kadang-kadang bila perasaan malas tu datang, tak terlayan kita. Akhirnya satu benda pun tak jadi so pandailah masing-masing cari apa yang patut kat dapur tu. Semenjak dua menjak ni makin lama makin menjadi-jadi plak. Mungkin faktor umur kot. Rasa cam dah lama sangat pegang tittle 'tukang masak'tak bergaji ni. Balik kampong jadi tukang masak. Pergi rumah adik-adik pun kena ke dapur. Kat rumah sendiri apatah lagi.

Nak harapkan anak-anak dara dalam rumah ni...alamak..makan westernlah hari-hari. Asyik-asyik cheese bagai. Lama-lama besok bila timbang...mata penimbang tu dah tak boleh bergerak. Mana tak nya...dah cam tong drum... Bila orang kata Gemm...tahu plak kecik hati.. Pastu mulalah pasang angan-angan nak diet. Jogginglah konon. Siap pusing satu tasik. Balik rumah termengah-mengah...n teguk sirap/oren satu jug. Hahaha...sia-sia jer korang jogging."Kau orang,kalau nak diet,nak slim melim cam mak (prasan jap..)...satu jer, mesti rajin buat kerja-rumah. Lepas makan jangan terus hadap TV.. tolong mana yang patut.. barulah apa yang kamu makan tu tak jadi lemak tepu.."

Bila akak gantung periuk, lain plak jadinya.... anak-anak cakap, "tak per harini kngah belanja korang Pizza/McD"... Klong plak yang memang akhir-akhir ni tak suka makan nasi, saja menambah rasa..."takperlah...nanti malam ni klong buatkan brown sos n kita goreng jer apa yang ada"..kalau camghini gayanya..camner nak diet.

So kita jamu mata jelah ye... Dengan dinner yang klong buat semalam. Brown sauce resipi @Khalid Lid tp derhaka sikit kat resipi tu. Terimakasih bebanyak Lid kerana sudi share resipi yang senang ni. Anak akak pun dah boleh masak sendiri sos ni. Sebelom ni akak selalu gunakan resipi original Chef Wan.memang sedap tapi ambik masa sikit untuk menyediakannya.(akak tambah mushroom yang dipotong nipis dan sedikit whipping cream).Sedapppp..

Yeahhh...akhirnya, hari ni tak yah masuk dapur.akak jadi supervisor jer. Chef Ellena yang masak.hehehe...
.
BROWN SAUCE

resipi @Khalid Lid

Bahan-bahan:


5sdb tepung Demi Glaze Brown Sauce Mix (jenama Knorr)
1 bj bwg besar-cincang
8 ulas bwg putih-cincang
mushroom (optional) - hiris/ptg dadu
serbuk lada hitam
mixed herb/daun bay
whipping cream
garam
air (untuk bancuh tepung)

Cara-cara:
  1. Bancuh tepung brown sos dengan air (boleh lebihkan tepung kalau nk banyak). Kacau guna whisk. Ketepikan.
  2. Tumis kedua jenis bawang sehingga terbit bau. Masukkan bancuhan tepung tadi. Masak atas api perlahan sambil dikacau dengan senduk. 
  3. Masukkan cendawan tin, serbuk lada hitam, mixed herb, daun bay dan secubit garam.sebelum angkat baru masukkan sedikit whipping cream.kacau sebati dan tutup api. (boleh gandakan bahan-bahan jika nak sos yang lebih banyak....)




 



Pastu makan dengan wedges,carrot/broccoli,sausage dan homemade garlic bread. Kalau rajin boleh juga sediakan mashed potato/chicken chop/steak..Wow!!!..terangkat. Jom makan semua... Bismillah....

Thursday, 12 April 2012

Puding Gula Hangus

As-salam dan selamat malam semua. Sepi jer malam ni...anak-anak dah masuk bilik. Si bongsu Aina..awal lg dah tidor, penat agaknya. Harini dia balik lambat. Pukul 7.30malam baru sampai rumah. Kalau di ikutkan jarak antara rumah dan sekolah dekat jer. Uncle van tu hantar dia yang paling last. Sampai jer rumah,muka masam.mulut muncung.hihihi...selalu gak kena sakat dengan kakak2.."ambik getah..nak ikat muncung dia'..

"Eh!..mak buat puding ye. Nape mak tak cakap?..Boleh tak adik nak makan"..(muka kelat dah jadi manis) Selalu orang panggil puding kramel tapi kitaorang sejak azali lagi namakan puding ni puding gula hangus. Resipi puding yang senang ni akak dapat dari kak Ana. Entah dari mana dia belajar tak pula pasti. Kakak sulung ku memang boleh masak. Nak kata terror sangat tu idak ler. Tapi setiap masakan dia tak pernah tulis resipi. Semua hafal dalam kepala. Tabik spring dengan Kak Ana. Macam akak ni.. Setiap kali nak masak... Mesti refer kat buku resipi.(Tapi ada hati nak buat blog masakan.hihihi..). Sebenarnya apa yang akak share di sini adalah menu yang biasa-biasa je.Yang menjadi kesukaan anak-anak dan suami.Akak bukanlah sehebat chef-chef terkenal tanahair...sekadar berkongsi menu yang simple dan senang...Akak masih belajar dan belajar.So apa yang terkurang tu harap maafkan....

Sebenarnya tujuan akak buat blog ni sekadar mengisi masa yang banyak terluang. En somi kerja luar. Anak-anak bersekolah. So tinggal akak sorang2 kat rumah. Boring...hadap TV pun..bukan boleh lama..atlast.. TV yang hadap kita balik.. Banyak yang perlu akak baiki.. Maklum budak baru nak belajar...hihihi..budaklah sangat...


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Akak ni masih baru nak belajar,
Kalau sudi..minta tunjuk ajar.

Jom kita intai resipi puding yang SEDAP n senang ni...

PUDING GULA HANGUS

Bahan-bahan:

3/4 tin besar susu F&N
1tin air (guna tin susu)
12 bj telor gred A
1sdk essen vanilla
2sdm tepung kastad
7sdb gula pasir-wat gula hangus.api kecil.

Cara-cara:


  1. Jerang periuk kukus.sambil tu anda boleh sediakan gula hangus.mula- masukkan 7sdb gula pasir ke dalam loyang.kacau dengan senduk kayu.gunakan api kecil.api besar akan menjadikan gula hangus pahit.biarkan seketika.
  2. Campurkan tepung kastad kedalam susu.kacau sebati.pastu masukkan telor dan esen vanila.pukul dengan garfu.pukul ala2 manja gitu.tak perlu memukul adunan lama2..nanti puding akan bersarang.tapis.curahkan adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.kukus 25-30minit - masak.sejukkan dalam peti ais.lebih sedap di makan sejuk bersama fruit cocktail..